22 April 2013

20 April 2013 : "Penamaan Calon" Menantu.


Bismillahirrahmanirrahim.

Ini cerita Sabtu lepas, 20 April 2013. Keluarga Helme datang rumah untuk tujuan merisik. Memang dari tahun lepas dah rancang nak datang. Masa Raya Haji 2012. Pastu tak jadi sebab mama kata biar Helme datang sorang dulu, takyah bawak family lagi. Dan untuk kali yang pertamanya, Helme datang ke rumah aku kat Gerik. Sempena Raya Haji dan Majlis Aqiqah anak buah kembar aku, pada Raya ke-2 bersama seorang adik lelakinya. 

Hari Raya Aidil-Adha 2012.

Itu adalah perancangan yang pertama yang tak jadi. Masa ni, cincin dah beli. Sebagai "tanda". Tengok, punye la lama mak Helme simpan. Hahaha. Bulan 2, aku bincang2 dengan Helme, kami plan lagi sekali untuk merisik pada bulan 4. Dan Helme setuju. Yeay ! Aku pun tengok planner ayah. Oh, masih kosong! Terus booking okeh !Awal 2 bulan aku booking. Ayah sangat la sibuk. Jangan main-main dengan jadual dia. Ekekeke. Plan asal, nak buat dekat rumah Ipoh. Sebab dekat sikit la keluarga Helme nak datang dari Teluk Intan. Kesian plak nak datang jauh2.

Tetapi, pilihan tarikh yang kitorang buat, tak ambil kira masalah NEGARA (haa amik kau! haha) Aku tak terfikir pun akan ada pembubaran Parlimen sebelum 30April dan sebagainya. So, ini lah makan nyaaaaa... Padan Muka Haku. 1 minggu sebelum tarikh 20 April, dapat SMS dari ayah.


erk?? aku dah jadi macam cacing kepanasan. Elok time tu dah ngantuk tersengguk-sengguk, bila baca mesej tu, terus segar bugar, tak leh tido dah. Terus aku call Helme cerita bla bla bla. Sedih sangat-sangat. Malam tu aku tidur dengan air mata. Pssttt..yeah, ayah aku YDP PAS Kawasan Gerik.

Lepas aku bincang dengan ayah, Helme bincang dengan family dia, akhirnya sepakat boleh buat pada tarikh yang sama, tapi kena buat kat Gerik. Sebab nya, ayah aku terlibat dengan Penamaan Calon di Kawasan Gerik pada pagi 20 April tu. I've no choice. Helme pun sama. Terpaksa akur. Namun, walaubagaimanapun, Alhamdulillah semua nya OK. Tiada pertelingkahan, masam muka, tak puas hati or whatsoeverrrr.. Yelah, ayah paham aku, maka nya aku pun kena paham ayah. 

Ohya, lepas ayah setuju buat 20April petang, Helme tak setuju pada mulanya. Dan dia mintak tarikh lain, selepas PilihanRaya. Ayah bagi tarikh pada bulan Mei. Helme kata OK. Tapi aku sedih giler sebab aku nak sangat tarikh 20 April tu. Kenapa? sebab 19 April genap 3 tahun aku kenal dengan Helme. Di MukaBuku :)


Mungkin ALLAH dengar kata hati aku (Wallahua'lam), malam tu Helme SMS cakap taknak datang bulan Mei. Pulaakkkkk.. Nak datang 20 April jugak. Petang. Kat Gerik. Aku dah lompat tergedik-gedik dah kat dapor. Hakhakhak. Helme taknak datang bulan Mei sebab saudara-mara dia banyak buat kenduri. 

Rombongan sampai 11.30 pagi, makan terus. Dan lepas tu baru berbincang dong dang dong dang (eh! :p) Aku dah sedia maklum dah apa yang Helme akan bawak dan bagi pada family aku. Malam sebelum tu, aku dah dapat gambar dari dia dah. Tapi aku tak bagitau mama. Biarkan aje. Ni gambar dari dia, malam tu.

Cincin, Buah-buahan, Baju kurung Pelikat Ohsem :p

Tapi, keesokannya, aku tengok eh, ada kek pulak kan. Besar pulak tu.. Ambik jeaaaa. Makan kenyang-kenyang ! "Fairuz Helme & Faizatul Akmal" :p


Apa yang dibincangkan lepas makan tu, aku tak dengar. Tapi Helme selamba badak dia je duduk sekali masa berbincang tu. Kalau aku tahu dia ada sekali, aku pun naik dengar sekali kan… Udah terlambaatttt.






Aku kat bawah, main dengan anak-anak. Tiba-tiba mama panggil, cakap diorang nak sarung cincin. Phewww. Berdebar, tapi senyum sampai telinga okeh. Wakakaka. 


Dah dapat cincin, kita salam semua perempuan yang ado. Then, turun balik ke bawah sambung permainan dengan anak-anak. Kuang aja takk. Pedulikkk.

Masa rombongan nak balik, baru lah aku keluar pulak. Salam sekali lagi. Mak Helme duk senyum2 kat aku. Nebes mekkkk. Hekhekhek. Kite senyum balik laaa. Kesian makcik datang jauh-jauh kann. Dah balik semua, mari ber-camwhore. Tapi takleh lama, anak-anak sebok nak menepek di mummy nyea. *^_^*





Menurut mama, masa perbincangan untuk tarikh tunang or nikah, ayah minta bincang kemudian. Taknak bertunang. Dan bernikah adalah dalam masa setahun dari tarikh merisik ni. So, bersedia lah aku dari segi fizikal dan mental (tetibea). Apa-apa pun, aku redha jika hubungan ini bukan kehendak ALLAH. Jika tiada jodoh antara kami, aku yakin pasti ada hikmah disebaliknya. Allah itu Maha Mengetahui. Cuma aku mampu berharap, berusaha dan berdoa supaya jodoh kami ada. InsyaAllah.

Cincin yang dapat.


Tak nampakk??


Terima kasih, Ya Allah !
Terima kasih Mama & Ayah !
Terima kasih keluarga !
Terima kasih Fairuz Helme!
Atas kebahagiaan ini…….