01 May 2013

Adik cinta ayah dari kami.

Entry ni bagi aku agak terkesan dalam hidup aku. Sebab? Aku nak cerita pasal adik OKU aku, dengan ayah aku. 

KIsah ni, minggu lepas, rasanya..ke 2minggu lepas. Tak ingat dah aku. Tapi jalan ceritanya, aku sentiasa ingat.

Pagi tu, masa dalam bilik., pukul 10 lebih kurang, adik cakap die yak(berak)..dia pakai pampers. aku keluar bilik, nak ambik kan wheelchair dia. Tapi dia tau, ayah ada kat rumah. Awal-awal lagi dia cakp "bah nak ayah." Ayah pun dengar sebab kebetulan masa aku keluar bilik, ayah nak keluar pergi bank kejap. Oleh kerana adik da cakap nak ayah, aku biarkan dia dalam bilik tu. Dia main laptop. Aku pergi dapur, cari sarapan. **baguih punye perangai!

Mama bawakkan kerusi roda kat adik, dan tolak dia sampai bilik air. Tapi masa kat bilik air, adik dah taknak dengan mama. Masih cakap "bah nak ayah." Mama pun tinggalkan dia kt luar bilik air dan pergi sambung kerja mama kat ruang tamu. Aku la perhatikan adik kat depan bilik air sebab dah dekat dengan dapur kann. 

Aku baru nak mula makan, ayah balik. Bila ayah dengar suara adik panggil dia dari bilik air, Δyah pun mulakan dialog, sambil tukar pakaian dalam bilik.....

AYah: cuba fikirkan cara bagaimana nak buat dibah suka kat semua orang. Bukan ayah seorang.

Mama: abang ada kat rumah je dia jadi macam tu. Kalau abg takde, dia boleh je buat dengan kami kat rumah ni. Kalau dia kuat pun, dia boleh buat sendiri. Mandi sendiri, basuh yak sendiri. **Kuat tu maksudnya time dia tak datang sawan lembik. 

Aku: kami dah tak boleh buat dia suka kat kami. Ayah yang kena buat dia tak suka kat ayah. **Kedengaran tak logik kan? Ahaks...

Ayah: ayah rasa sebab layanan. Layan dia cara kasar, berkeras dengan dia. Sebab tu dia taknak ngan mika(read:korang)

Aku: takdenye ayah. Kalau kami tak berkasar sekalipun, guna cara lemah lembut pun dia taknak jugak bila dia tau ayah ada kat rumah.

Mama: abang tu yang manjakan sangat dia. Apa dia nak, semua bagi.. dah tu semua la dia nak dengan abang.

Ayah: ayah pun duduk dalam rumah ni jugak. Ayah pun nak rasa "hidup" dalam keluarga ni. Sampai bila nak harapkan ayah je tuk jaga dibah? Ayah bukan hidup selamanya.. (aku&mama dah senyap,tunduk. Aku nak nangis dah. Nyorok muka kat belakang langsir pintu dapur)..ke nak tunggu ayah takde baru nak fikir? BAru nak ubah? Fikirlah betul2..ayah ni lelaki..dibah tu perempuan..**aku diaammmm

Ayah tolak dibah masuk bilik air. Mama buat muka kat aku, suruh tolong ayah. Aku pun bangun dari kerusi makan, pergi bilik air. Ayah tengah bukakkan baju dan seluar adik. Dah siap tu, aku nak tolakkan la, pastu adik kata "ayaahhh"...maknanya dia nak ayah yang tolakkan. Taknak aku. Ayah cakap kat aku "takpe la, pergi la makan." Aku pun masuk, aku  tahu ayah kecewa. :-(

Aku baru mulakan suapan. 2,3 suap, mama buat isyarat lagi.. suruh tolong ayah. Tak kan aku nak cakap "ayah yang suruh makan".. aku pun basuh tangan, pergi tunggu depan pintu bilik air. Aku perhatikan je dari pintu tu sebab tak muat ye nak masuk sampai 3orang dalam tu, dengan wheelchair adik lagi. Aku tengok ayah dapat uruskan dengan mudah. Adik bagi "kerjasama" yang penuh kat ayah. Aku rasa kalau kitorang yang uruskan, pasti ada je onar dia, seperti selalu. Mungkin adik yakin dia selamat bila dengan ayah. Maksudnya, ayah mampu elakkan dia dari jatuh. Dengan kami, kadang2 bila dia kena sawan tarik dalam bilik air, kami pun jatuh sekali. Sebab kudrat tak cukup nak tampung dia. Dengan ayah, dia tak pernah jatuh. Hurm..pelbagai kemungkinan yang boleh dijadikan alasan dan sebab musabab mengapa adik lebih suka ayah dari kami yang lain. 



AKu. Bukan tak pernah berkasar dengan adik. Tika sampai masanya bila syaitan menguasai nafsu amarah, aku jadi ilang sabar. Tapi aku tak pernah dera dia. Kalau dah marah sangat, aku biarkan je dia kat situ. Aku lari. Masuk bilik. Pastu mama setelkan. 

Tak semua boleh nilaikan apa yang berlaku. Hanya bagi yang pernah rasa hidup dengan dia je, akan faham perasaan ni. Korang ada adik-beradik Oku? Jangan sama kan dengan adik aku. Tambah2 yang Syndrom Down, totally different. 



Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan kami. Kau sembuhkan lah penyakit insan bernama Adibatul Akmal Mohd Dahalan ini. Kau titipkan lah kesabaran yang menggunung dalam hati2 insan yang bersamanya. Sesungguhnya kuasa-Mu tiada tolok bandingnya.

YA Allah, panjangkan usia kami. Tetapkan hati kami untuk berjuang di jalan-Mu. Kuatkan iman kami dalam mencari redha-Mu. Bimbinglah kami ke jalan syurga-Mu.

AMiinnn ya Rabbal 'aalamiinnn.....

22 April 2013

20 April 2013 : "Penamaan Calon" Menantu.


Bismillahirrahmanirrahim.

Ini cerita Sabtu lepas, 20 April 2013. Keluarga Helme datang rumah untuk tujuan merisik. Memang dari tahun lepas dah rancang nak datang. Masa Raya Haji 2012. Pastu tak jadi sebab mama kata biar Helme datang sorang dulu, takyah bawak family lagi. Dan untuk kali yang pertamanya, Helme datang ke rumah aku kat Gerik. Sempena Raya Haji dan Majlis Aqiqah anak buah kembar aku, pada Raya ke-2 bersama seorang adik lelakinya. 

Hari Raya Aidil-Adha 2012.

Itu adalah perancangan yang pertama yang tak jadi. Masa ni, cincin dah beli. Sebagai "tanda". Tengok, punye la lama mak Helme simpan. Hahaha. Bulan 2, aku bincang2 dengan Helme, kami plan lagi sekali untuk merisik pada bulan 4. Dan Helme setuju. Yeay ! Aku pun tengok planner ayah. Oh, masih kosong! Terus booking okeh !Awal 2 bulan aku booking. Ayah sangat la sibuk. Jangan main-main dengan jadual dia. Ekekeke. Plan asal, nak buat dekat rumah Ipoh. Sebab dekat sikit la keluarga Helme nak datang dari Teluk Intan. Kesian plak nak datang jauh2.

Tetapi, pilihan tarikh yang kitorang buat, tak ambil kira masalah NEGARA (haa amik kau! haha) Aku tak terfikir pun akan ada pembubaran Parlimen sebelum 30April dan sebagainya. So, ini lah makan nyaaaaa... Padan Muka Haku. 1 minggu sebelum tarikh 20 April, dapat SMS dari ayah.


erk?? aku dah jadi macam cacing kepanasan. Elok time tu dah ngantuk tersengguk-sengguk, bila baca mesej tu, terus segar bugar, tak leh tido dah. Terus aku call Helme cerita bla bla bla. Sedih sangat-sangat. Malam tu aku tidur dengan air mata. Pssttt..yeah, ayah aku YDP PAS Kawasan Gerik.

Lepas aku bincang dengan ayah, Helme bincang dengan family dia, akhirnya sepakat boleh buat pada tarikh yang sama, tapi kena buat kat Gerik. Sebab nya, ayah aku terlibat dengan Penamaan Calon di Kawasan Gerik pada pagi 20 April tu. I've no choice. Helme pun sama. Terpaksa akur. Namun, walaubagaimanapun, Alhamdulillah semua nya OK. Tiada pertelingkahan, masam muka, tak puas hati or whatsoeverrrr.. Yelah, ayah paham aku, maka nya aku pun kena paham ayah. 

Ohya, lepas ayah setuju buat 20April petang, Helme tak setuju pada mulanya. Dan dia mintak tarikh lain, selepas PilihanRaya. Ayah bagi tarikh pada bulan Mei. Helme kata OK. Tapi aku sedih giler sebab aku nak sangat tarikh 20 April tu. Kenapa? sebab 19 April genap 3 tahun aku kenal dengan Helme. Di MukaBuku :)


Mungkin ALLAH dengar kata hati aku (Wallahua'lam), malam tu Helme SMS cakap taknak datang bulan Mei. Pulaakkkkk.. Nak datang 20 April jugak. Petang. Kat Gerik. Aku dah lompat tergedik-gedik dah kat dapor. Hakhakhak. Helme taknak datang bulan Mei sebab saudara-mara dia banyak buat kenduri. 

Rombongan sampai 11.30 pagi, makan terus. Dan lepas tu baru berbincang dong dang dong dang (eh! :p) Aku dah sedia maklum dah apa yang Helme akan bawak dan bagi pada family aku. Malam sebelum tu, aku dah dapat gambar dari dia dah. Tapi aku tak bagitau mama. Biarkan aje. Ni gambar dari dia, malam tu.

Cincin, Buah-buahan, Baju kurung Pelikat Ohsem :p

Tapi, keesokannya, aku tengok eh, ada kek pulak kan. Besar pulak tu.. Ambik jeaaaa. Makan kenyang-kenyang ! "Fairuz Helme & Faizatul Akmal" :p


Apa yang dibincangkan lepas makan tu, aku tak dengar. Tapi Helme selamba badak dia je duduk sekali masa berbincang tu. Kalau aku tahu dia ada sekali, aku pun naik dengar sekali kan… Udah terlambaatttt.






Aku kat bawah, main dengan anak-anak. Tiba-tiba mama panggil, cakap diorang nak sarung cincin. Phewww. Berdebar, tapi senyum sampai telinga okeh. Wakakaka. 


Dah dapat cincin, kita salam semua perempuan yang ado. Then, turun balik ke bawah sambung permainan dengan anak-anak. Kuang aja takk. Pedulikkk.

Masa rombongan nak balik, baru lah aku keluar pulak. Salam sekali lagi. Mak Helme duk senyum2 kat aku. Nebes mekkkk. Hekhekhek. Kite senyum balik laaa. Kesian makcik datang jauh-jauh kann. Dah balik semua, mari ber-camwhore. Tapi takleh lama, anak-anak sebok nak menepek di mummy nyea. *^_^*





Menurut mama, masa perbincangan untuk tarikh tunang or nikah, ayah minta bincang kemudian. Taknak bertunang. Dan bernikah adalah dalam masa setahun dari tarikh merisik ni. So, bersedia lah aku dari segi fizikal dan mental (tetibea). Apa-apa pun, aku redha jika hubungan ini bukan kehendak ALLAH. Jika tiada jodoh antara kami, aku yakin pasti ada hikmah disebaliknya. Allah itu Maha Mengetahui. Cuma aku mampu berharap, berusaha dan berdoa supaya jodoh kami ada. InsyaAllah.

Cincin yang dapat.


Tak nampakk??


Terima kasih, Ya Allah !
Terima kasih Mama & Ayah !
Terima kasih keluarga !
Terima kasih Fairuz Helme!
Atas kebahagiaan ini…….





27 February 2013

#Ootd

Mula-mula aku macam terpinga-pinga. Ootd?? Apekah itu????
Hahaha kesian ! rupanya outfit of the day..kehkeh3..
Ke salah lagi?? Betulkan aku ye kalau aku salah.. teheee.

Bagi meraikan ilmu baru ni, mari kita jalankan misi ootd.


Okey, sekian.
Dari miss pinky white.
Puiii !!!!


Ouh,btw this is my first entry via -AbangKacak-
Claps ur hand,pehlisss..:-)

31 January 2013

Abang Kacak itu milik Adik Jelita.


Okey, terpaksa puasa 2minggu sebulan.
Kenapa 2minggu? sebab saya perempuan! :)

Sekian :)

23 January 2013

Motor vs Rumah.

Minggu lepas abang aku cakap nak beli TV baru. Nak beli LCD TV, nak 'tepek' (read : tampal) kat dinding rumah. Jadi, disebabkan kitorang duduk berdua je kat rumah, aku bantah sekeras-kerasnya. 

"Kita bukan tengok TV sangat pun. Buat apa nak beli TV mahal-mahal. Baik abang tolong Nyah. Nyah nak beli handphone. Dah lama dah. Tak beli-beli lagi."

Kau tau dia jawab apa??

"buat apa belikan henpon. bukan abang guna pon henpon tu"

SENTAAPPPPP~




Pastu, minggu lepas jugak, dia balik kerja suatu petang tu, bawak balik brochure. Dia bagi aku dan cakap 

"abang nak beli ni". 

Derrrr....Saket hati aku. Dia nak beli apa??








Gambar ihsan Google.

Ya, motorbike besor punye. Harga RM9000++. Senang dia kata nak berjalan jauh. Dia kan kerja dengan JAKIM, kena masuk kawasan Orang Asli, so motor macam ni lasak sikit. Senang bawak masuk kampung. Tapi, aku macam pelik. Apasal plak mamat ni tetibea nak berangan beli banyak barang dalam satu masa kannnn. Rupa nya bulan depan dia dapat hasil dia berniaga kat gerbang malam. Banyak jugak la.. So separuh darinya nak buat downpayment beli motor neh. 

Tapi, aku masih tak puas hati. Ayah aku datang hujung minggu lepas, terus aku mengadu kat ayah. Cakap la abang nak beli itu, nak beli ini. 

Kau tau apa ayah cakap??

"Cuba tanya abang, kalau motor tu beli cash, berapa RM? Kalau lagi murah dan ada jauh beza nya dengan Installment, biar ayah belikan dulu. Cash. Nanti abang bayar kat ayah je. Takde faedah."

Aku jadi macam.................................................................................. 




Apakah semua ini??????????

Aku ponnnnnn.... 

"Ayah, abang nak belikan motor, ayah boleh belikan cash. Pastu suruh abang bayar kat ayah. Nyah nak beli rumah, ayah tak boleh ke belikan? Nyah bayar kat ayah."

"Nyah nak beli rumah buat apa? Biar suami yang beli. Nanti dah kawin, nyah ada rumah, suami pun ada rumah, kan dah membazir."

"Tapi, nanti kalau suami mati ke, bercerai ke..boleh la nyah duk rumah nyah tu"

Pffftttttttttt~

22 January 2013

Shoulder, please..Sobs~


Hari ini aku rasa serba tak kena. 
Mood adalah kelaut. Tak tahu mood pergi mana.

Bila-bila masa je air mata boleh jatuh.


I wish........

I'm here with somebody.
I need a shoulder to crying on.


.......................................................................

16 January 2013

LISTEN! Sakit itu derita.

"Sebenarnya, sakit itu bukan derita."

"Habis yang kau buat entry title tu macam tu kenapa?"

"Kau jangan nak emosi sangat boleh tak? kalau taknak baca title, sudah la. Baca isi nye di bawah."

"Listen, Lets me speak!"

eh?? hiks.

Tetibea gambar kek kan? Maafkan aku. 
Ok, abaikan fenomena LISTEN yang agak !@#$% di luar sana. Aku pun tak tau nak komen apa. Tapi aku suka ayat ni:

"Anjing ada masalah. Dia mengonggong. Kalau anjing tak mengonggong, anjing bercakap. Kalau anjing bercakap, siapa nak mengonggong?"

kahkahkahkah. Tengok Video Parodi MatLuthfi90.  Lawak. 

Sekian, untuk Introduction.  

Bismillahirrahmaanirrahimm. Kita mulakan perkongsian kita hari ini iaitu Sakit Itu Derita. Seiringkah Pelajar Dengan Sakit? cea, teibea. haha.

Ok, serius. Siapa ada orang tersayang.? Aku rasa semua ada. Mustahil tak ada. Yang tak mustahil ialah takde siapa sayang korang. ekekeke. Eh!

Apa perasaan korang bila orang yang anda sayang tu sakit? Tengah2 malam mengadu sakit dada lah, sakit perut lah, sakit kepala lah, nak demam lah, selesema lah. belum lagi mengadu sakit Teettttttt~

Pastu bila kita suruh sapu minyak / makan ubat panadol / letak krim dan sebagainya. yang tersayang tu jawab,

 "Tak ada kat rumah ni"

Hey, u beli rokok, u beli paper, u beli chewing gum, u beli makanan ntah pape, boleh pulak.?

Takkan panadol RM1.50 sepapan, Minyak Cap Kapak RM2.30 sebotol pun takleh beli.?

Apa?

Lelaki? kuat.?

then tak payah mengadu kat aku lah! Selamat Ber-Sakit.! 
(eh, ada tak ayat tu?) Lantak situ. 

But, being me, sekali dua boleh la nak cakap macam tu. Lama-lama kesian. Mana tahan dengar dia mengadu sakit, tapi tak ada ubat. Mungkin sebenarnya bukan dia taknak beli, cuma rasa macam tak perlu. Sebab? Apa guna ada orang tersayang kannn. Nak perhatian lebih. Kita marah-marah dia pun suruh pergi beli ubat, its does not work at all. Bertambah sakit hati aku ada. So, just keep him calm. LISTEN to them. Sometimes they just wanna to stay closer with us. Ada ketika susah dan senang mereka. 

Aku tak mampu nak jaga dia sebaik mungkin sebab aku bukan siapa-siapa. Bila fikir balik, buat apa aku nak jaga diri dia sedangkan dia sendiri taknak jaga diri dia??

LISTEN! (hahaha matikss) Biarlah apa otak kau fikir, yang penting, LISTEN pada hati. eh? ada lagi. =p

Sebenrnya aku nak tunjuk ini je. 


MINI FIRST AID KIT BAG! Gigih aku jahit tulisan tu. Dan lambang tu jugak.

EMISY & SYEMI. Aku pun tak paham kenapa itu nama nya.

Ok, apa yang ada dalam beg ituu?


Panadol Soluble
Panadol biasa.
ENO Halia.
Pil Ceketek Aun =p
Minyak Cap Kapak
Minyak angin mustajab.

Cukup lah untuk orang macam awak yea. Dasar PemalasLipas~

Mood : tunjukkan kasih sayang anda! #muntoh~

Sekian :)

13 January 2013

Cream Puff from Power Puff Lady. Eh!

Hiks. Okey. Terima kasih banyak-banyak Kak Aisya ! 

Jumaat lepas lunch sama-sama dengan ex-officemate dekat Mydin Mall Meru. Masa tengah makan-makan, sembang la. Biasa lah pompuann cantekk.. hahaha. Gosip sana gosip sini. Teheeee~

Masa makan, sembang pasal makan. Boleh? haha. Kak Aisya kata nak buat Cream puff. So, nanti nak masuk pasaraya Mydin tu nak beli bahan-bahan. Siap bukak buku resepi okeh dalam Mydin tu. hahaha.

Ohya, aku teringat minggu lepas aku nak buat Macaroni Cheese. Semangat Google cari resepi. Dah salin, penuh satu muka surat buku 555 (hiks). 



Sampai Mydin, pergi bahagian Makanan Segera. Sekali jumpa Macaroni Cheese segera. Dah siap paket dah. Tinggal campur susu dan air jea. Terus zasssss amik 2 paket, bayar, balik. Tak sempat bukak buku resepi. Hahahah Mencikk~

Okey, berbalik pada cerita asal. Ohlalalalaaa~

Tadi, Kak Aisya datang bawak 2 makanan. Satu boleh dimakan, satu lagi tak boleh dimakan. Yang boleh dimakan adalah Cream Puff!! Yummy.. Comel-comel je size puff tu. 





Tak sampai 2 minit, dah lesap 4 bijik. Masa makan puff yang ke-4 tu, abang lalu depan bilik. 

"Alamak! lupa nak simpan kan. Okey, abang makan 2 je yea. Nyah dah makan 4."

Sedap sangat. Terbaekk. ! Krim dia berlemak lite-lite je. Sesuai untuk aku yang Darah Tinggi ni. Yang paling aku suka, puncak puff tu. Aku ngapp yang tu dulu. Ranguupppp. Hehehe.

Kak Aisya, nanti saya teman pergi beli bahan lagi yea. Tolong buatkan lagi. Hehehe. 

Dan Kak Aisya jugak bawak makanan yang tak boleh dimakan. Iaitu..............

























































Anak buah dia. Zulaikha.

Oh, camne neh? 
Remuk hati aku bila dia salam, cium dan tinggalkan aku begitu sahaja sambil melambai tangannya.
Kau kejam Leka, kau kejam ! #cea tetibea emosi kann..

Tapi dia tengok aku tak lepas okey. Macam taknak berpisah jea (hak tuiihhhh).
Kenapa? sebab aku pakai cekak bereben. 

"Mungkin gua comel kot"
-petik lirik lagu Untuk Dia-


Nak le tu. Nanti kita belikan yea. Untuk awak. 
Dengan syarat awak bagi kite KATAK awak tu kat kite. 

Sekian :)

I've Got That Job.

First of all, Alhamdulillah. Lots of thanks to ALLAH SWT kerana dengan izin Nya, aku berjaya mendapat kerja. Akhirnyaaa..

Malam Jumaat lepas, aku tidur lambat. Menyebabkan keesokan hari nya aku malas nak pergi kerja. Ya, aku serius malas pergi kerja "part-time" kat company mertua kakak aku tu. Tak tahu lah kenapa. Mungkin environment dia tak berapa 'menarik' sikit kot. Entah lah.

So, bangun pagi Jumaat tu, aku tekad dah. "erm, nak telefon Mama lah kejap lagi. Nak cakap malas dah keje situ. Nak balik duk Gerik." Kul 10 aku bangun mandi, dan tengah bersarapan, tiba-tiba dapat panggilan.

Daripada orang yang interview aku (yang mana bagi aku interview agak malang) aritu. Cerita interview tu, boleh rujuk sini :) . So what do u expect? aku pun yakin dah tak dapat kan kerja tu. Kawan-kawan pulak tak memberi kata semangat. memang down terus. Sedih. Sebab kekurangan 'soft-skill' kot. hahahaha

eh, gelak pulak.
kau ni apehal Jah??
Sorry~

Ohya, Mr Aaron call, inform aku BERJAYA dapat jawatan yang aku pohon tu. NO SECOND INTERVIEW. Terus boleh mula esok, yakni Isnin 14 Januari 2013. Yeay!!



Pastu aku terfikir, tadi baru aku tekad nak bagitahu mama yang aku nak berhenti kerja kat office Mertua Kakak aku tu. tiba-tiba dapat tawaran lain pulak. Syukur sangat-sangat. Lepas sembang-sembang dengan Mr. Aaron tu, aku siap-siap pergi office Mertua Kakak aku untuk kali yang terakhir. Aku nak siapkan susun2 dokumen untuk kali terkahir. Tapi tak siap jugak sebab banyak fail yang aku tak jumpa. Stress! Aku pulangkan balik dokumen2 tu kat Admin Staff situ, dan aku terima CEK. Ya, gaji aku kerja situ untuk bulan NOV dan DEC 2012. Ouh,,,gembira kuasa duapuluhhh..teheeee~  Alhamdulillah lagi sekali.

Dua berita gembira untuk aku di Hari Jumaat yang Mulia itu. ALhamdulillahh.

Mungkin juga berkat doa kawan-kawan di facebook masa aku pergi interview Selasa lepas. Terima kasih kawan-kawan. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Pengajarannya, Jangan berfikiran Negatif. Yakin pada diri!  #Tetibea.



12 January 2013

#KL112