Who I am?

Sebenarnya page ini tak payah click pun takpe. Sebab aku pun tak tau nak cerita pasal apa.

Eh, eh, dah tajuknya Who I Am kan..so aku nak cerita sikit pasal diri aku. Mana tau kot-kot nanti aku dah lupa (read : tua), aku baca kat sini je untuk sedarkan diri aku semula. ceittt.~




Mengenai keluarga. Aku anak ke-3 dari 7 beradik. Yang mana boboy adalah sulung dan bongsu manakala kami gegirl (jelita) berada di tengah-tengah. Insya Allah kami selamat sebab kami dilindungi oleh 2 perwira hebat gagah perkasa! So far, hanya kakak aku yang dah kahwin. dan aku mempunyai sepasang anak saudara Kembar Tak Seiras Dan Tak Sejantina (wah panjangnya). haha. ya, kembar lelaki dan perempuan. Ohya! Aku ada seorang adik OKU. Anak ke-6 dalam keluarga. Umur 18 tahun pada ketika ini. 

Mengenai pendidikan. Aku mula belajar ialah di rumah. eceh. hiks. Aku sekolah rendah di Kelantan darjah 1-6. Tahun 2001 aku masuk sekolah Maahad dan aku kena ambil kelas Peralihan selama setahun. Tahun 2002, kami sekeluarga pindah ke Perak dan aku masuk sekolah Maahad lagi di Ipoh sini. mengambil Tingkatan 1 walaupun di kala itu umur aku sudah 14tahun. Lepas 3 bulan, aku dapat tawaran ke sekolah asrama penuh nun jauh di Kampung Gajah, Perak. Terpaksa ambil Tingkatan 2 sebab aku tiada keputusan kelayakan masuk Tingkatan 1. See, aku hanya belajar Tingkatan1 hanya 3bulan. sobs~ Lepas SPM aku dapat Kolej Matrikulasi Perlis. Jurusan Perakaunan selama setahun. Kemudian sambung peringkat ISM di Uni Sultan Zainal Abidin di Terengganu selama 4 tahun. Hampir 17 tahun belajar dan belajar. Serius, aku jemu. Dan aku tahu perasaan tu tak patut ada. 


::Gambar masa di tempat kerja dulu::

Mengenai kerjaya. Lepas grad bulan 6  tahun lepas,aku sudah bekerja sebagai Eksekutif Akaun di sebuah Kolej Swasta di Ipoh. Tapi jodoh tak panjang. Ada banyak sebab kenapa aku berhenti. Yang aku boleh kongsi ialah kerana masalah keluarga. Setelah berhenti pada Oktober lepas, aku tak bekerja sehingga sekarang. Cuma sekarang ni aku tolong-tolong Mertua Kakak aku je kat syarikat dia. Secara tak formal. Dan sekarang juga aku sedang usaha untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan kehendak aku. yang pasti ianya boleh membahagiakan aku. Waahh SuriRumah kah? kahkahkah.

Mengenai kehidupan sosial. Mengikut pemerhatian aku sendiri, aku agak liar apabila jauh dari keluarga. Ya, masa kat Terengganu lah aku rasa aku paling sosial. Sekarang, semua nya dah berubah. sebab? aku dekat dengan family. Ada yang pantau aku. So, aku boleh kawal tahap ke-sosial-an aku. No more outing till late nite, no more huu haa out there..Kalau ada yang ajak keluar, fikir patploh kali. Aku tak suka karaoke, aku tak suka boling, aku tak suka snooker (wahh) dan kalau aku keluar, hanya untuk shoping dan movie..gituu~

Mengenai chenta hati. eh? perlu ke? kang tua-tua nanti baca balik, sentap pulak kaann..tak payah lah.

Mengenai kawan-kawan. Kawan-kawan yang paling terkesan dalam hidup aku ialah masa di Universiti. Mungkin pada masa itu, dengan tingkat umur sebegitu membolehkan kita berfikiran matang dan tahu menghargai. Kenangan sekolah rendah, ada. tapi tak lah terlalu dihargai. sebab? masih budak2 kottt..Masa sekolah menengah pulak, adalah kenangan Jahanam aku. hahaha! aku taknak ingat. Even kawan-kawan pun aku tak contact sangat. takde ape nak disembangkan. Masa kat Matrikulasi, kawan-kawan tak ramai. Harapkan kawan bilik je. rapat jugak. ada rindu-rindu jugak. tapi tak la sampai meroyan nak jumpa. haha! Kawan Universiti memang waallahhhh..superb! akan ku ingat sampai mati. eceh. & lastly, kawan masa kerja kat Kolej Swasta Ipoh. Diorang sangat-sangat best! Aku harap aku tak dapat dah kawan macam diorang kat tempat lain supaya aku tak lupakan diorang. Still contact each other till today. & seminggu ada la 3,4 kali jumpa untuk makan2, joging & sukan. :)

Sekian :)