13 January 2013

I've Got That Job.

First of all, Alhamdulillah. Lots of thanks to ALLAH SWT kerana dengan izin Nya, aku berjaya mendapat kerja. Akhirnyaaa..

Malam Jumaat lepas, aku tidur lambat. Menyebabkan keesokan hari nya aku malas nak pergi kerja. Ya, aku serius malas pergi kerja "part-time" kat company mertua kakak aku tu. Tak tahu lah kenapa. Mungkin environment dia tak berapa 'menarik' sikit kot. Entah lah.

So, bangun pagi Jumaat tu, aku tekad dah. "erm, nak telefon Mama lah kejap lagi. Nak cakap malas dah keje situ. Nak balik duk Gerik." Kul 10 aku bangun mandi, dan tengah bersarapan, tiba-tiba dapat panggilan.

Daripada orang yang interview aku (yang mana bagi aku interview agak malang) aritu. Cerita interview tu, boleh rujuk sini :) . So what do u expect? aku pun yakin dah tak dapat kan kerja tu. Kawan-kawan pulak tak memberi kata semangat. memang down terus. Sedih. Sebab kekurangan 'soft-skill' kot. hahahaha

eh, gelak pulak.
kau ni apehal Jah??
Sorry~

Ohya, Mr Aaron call, inform aku BERJAYA dapat jawatan yang aku pohon tu. NO SECOND INTERVIEW. Terus boleh mula esok, yakni Isnin 14 Januari 2013. Yeay!!



Pastu aku terfikir, tadi baru aku tekad nak bagitahu mama yang aku nak berhenti kerja kat office Mertua Kakak aku tu. tiba-tiba dapat tawaran lain pulak. Syukur sangat-sangat. Lepas sembang-sembang dengan Mr. Aaron tu, aku siap-siap pergi office Mertua Kakak aku untuk kali yang terakhir. Aku nak siapkan susun2 dokumen untuk kali terkahir. Tapi tak siap jugak sebab banyak fail yang aku tak jumpa. Stress! Aku pulangkan balik dokumen2 tu kat Admin Staff situ, dan aku terima CEK. Ya, gaji aku kerja situ untuk bulan NOV dan DEC 2012. Ouh,,,gembira kuasa duapuluhhh..teheeee~  Alhamdulillah lagi sekali.

Dua berita gembira untuk aku di Hari Jumaat yang Mulia itu. ALhamdulillahh.

Mungkin juga berkat doa kawan-kawan di facebook masa aku pergi interview Selasa lepas. Terima kasih kawan-kawan. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Pengajarannya, Jangan berfikiran Negatif. Yakin pada diri!  #Tetibea.



No comments: