26 December 2012

Cuti yang Berkualiti (Part I)

Kenapa nak ber 'part-part' pulak ni? Cerita aku, suka hati aku. Wahh gituuu~

Takde lah. Sebenarnya ada 2 part sebab memang 2 kali keluar. Boleh gitu? Dan disebabkan gambar untuk part ke-2 belum ado, kite hapdet untuk Part 1 dulu. Sempena cuti Krismas ni, kita berjalan yea. Release tension. Turunkan tekanan darah. waahhhh confident! hahaha 

Asalnya, rancangan adalah ke EcoPark Taman Botani sahaja. Untuk jogging (read : jalan cuci mata) dan keluarkan peluh. First time iolss pergi sana yea. Sampai kat sana pukul 7.45 gituu lebih kurang. Subhanallahhh, sangat menarik ciptaan Tuhan di sana ya kawan-kawan...sila pergi. 



Kengkawan yang turut serta ialah Rizal, Kucai, Afif dan Kak Yaya. Azab berjalan dengan orang yang kuat stamina. Aku dipaksa ikut diorang jenjalan. Tak berani aku nak tunggu diorang kat sesuatu tempat. Kang kena tinggal, apa pun tak boleh. Hahaha. Yela, first time pergi katanyaa. Diorang nak ikut jalan jauh. Aku pun "arggh, shortcut jaa!!" kehkehkehh~ dasarrrrr PemalasLipas.




Lepas habis 2 pusingan, dah berpeluh segala, Kucai dan Rizal nak sambung untuk pusingan ke-3. Sesungguhnya aku pasrah. Ikut jugakkk. Sampai separuh jalan, tetiba timbul isu Gua Tempurung. Ya, sangat tiba-tiba. Seolah-olah ada angin yang tiup suruh sebut pasal gua Tempurung. hahahhaha. Over nauu. tipu je :p

"Nak ke mana yea lepas ni? Gua Tempurung pun cantik kan? bila la kita nak pergi sana."
"Jom lah pergi sekarang! Alang-alang dah berbaju sukan ni." (confidenntttt itu penting yea)
"Eleehh. baru jalan 2 pusingan pun dah bising nak balik. Ada hati nak panjat Gua Tempurung." 
"Takpe, korang naik laa. Aku tunggu kat bawah je nanti. haha!"
"Hah, tanya driver!" 
"Tapi kita makan dulu yea. Lapar."
"Dah makan nanti macam mana nak naik Gua Tempurung.?"
"Kan aku dah cakap, aku tunggu kat bawah jea. Korang je la naik."
"Pandai kau yea. Dah plan semuanya."
"Well, ni aku laaa" *cakpa dalam hati jea haha*

::Yang Biru itu aku. Dan  yang Merah itu Kawan-kawan::

Kitorang discuss tang tu jugaakkk. Dan terus berdesup ke Gua Tempurung. Hujan rintik-rintik. Cuaca sangat menarik hari ini. Sebelum sampai sana, singgah Kedai Makan Kak Leha untuk isi perut. Tapi sayang nya kedai tu baru nak bukak untuk makan tengahari. Makan pagi dah tak adoo..Yang ada hanya ayam goreng, Taugeh kicap dan sayur pucuk masak lemak. Kitorang makan jugak sebab lapar. Bestttt! Rasa macam makan kat rumah. Sebab lauk simple macam tu kann. haih! Semuanya 5 orang makan RM 27.00++. Heaven~ 

Sampai Gua Tempurung, pergi tandas, buang apa yang patut dan bincang nak amik tiket untuk level mana. Aku dah runsing. hahaha! Ada 4 level semuanya. Level 1 & 2 adalah dry level. Dan 3&4 adalah wet level. Oleh kerana ada kami perempuan lemah lembut (cea taknak kalah) 2 orang, dan kami sangat suka buat muka kesian, maka nya keputusan dibuat untuk amik level 1 jea. kahkahkah. RM 6 seorang dan ambil masa 40 minit untuk pergi dan balik.






Bagi aku, apa yang mencabar dalam gua ini ialah tangga! hoiiiiiii, tangga dia menyakitkan hati aku. Tinggi dan kecik-kecik dan pendek-pendek. Eh, tinggi lagi, pendek lagi. hahaha. Lantak situ. Kau bayangkan lah sendiri. Yang pasti memang aku sakit hati. Dah la gelap, bau pulak Ya Rabbanaaa. Pening dah aku. Nak muntah pun ado. Gayat lagi. Tahan kan aje. Kang ada yang kena carutan melampau. Lepas 40 minit, baru nampak awannn..fuhhh! mintak nyawaaaa. Laju je keluar. Bukan terus balik. Pergi taman permainan pulak kat situ. #Hai, saya Jah, Saya umur 7tahun. Kahkahkah. 

Tiba-tiba masa tengah main buaian, ada pulak yang merancang nak ke Kellie's Castle. Last minute punye plan memang menarik. Tapi penat sikit la sebab tak sedia betul-betul. Sudah la masa kat taman permainan tu, baju aku jatuh. Habis kotor. Sobs~ 

Destinasi terjahan seterusnya ialah Kellie's Castle. Redho. Aku pinjam sweater kawan dah. Sedeh tengok sweater sendirik. Tengok gambar aje lah. Adalah sangat kenangan. Hew hew hew. 

Oh, maafkan kami. haha!




ApaPonTakBoleh (=,=')
Lepas habis godang-godang dalam castle tu. Balikkkkk. On the way balik tu ada lagi plan nak pergi Air Terjun. Hehehe. Aku punya cadangan le tu. Tapi ada yang tak lalu dah. Aku pun letih sebenarnya. Aku pening-pening 2,3 ari ni. Angin banyak dalam badan. Pastu trip kali ini, pergi 3 tempat, semuanya memeningkan lagi aku. 

Pergi Ecopark main alat senaman yang pusing-pusing gelek-gelek tu. Pastu pergi Taman Permainan kat gua Tempurung tu, Afif kerjakan aku dengan Rizal atas satu mainan pusing-pusing ni. Sampai jatuh aku dibuatnya. Tu yang baju pun kotor. Dah tu, pergi Kellie's Castle, naik sampai atas sekali pulak tu. Rooftop dia. Tinggiii. Gayat mek. Gatai naik buat apa kan? Kenangaaannnn. Hahaha.

Balik, sampai rumah pukul 1.30, mandi, basuh baju, update status kat FB (perlu ke? haha), pastu tidurrrr. Sampai pukul 6petang. ohhoiii~ Sebenarnya takleh nak tidur dah. Sebab lapar. #lapar lagikkkkk.?

Bersambung...

No comments: