22 December 2012

OKU = Orang Kelainan Upaya.

Ada orang tanya, kenapa dengan adik aku yang OKU tu? maksudnya macam mana dia boleh jadi macam tu.

Panjang sikit entry kali ini. Sebab entry ni kisah hidup budak 18 tahun. Alkisahhhhhhhh



Dia Adibatul Akmal Mohd Dahalan. Ya, keluarga kami, adik beradik perempuan mesti ada Akmal dan adik beradik lelaki mesti ada Helmi. Jadi kalau ada orang telefon rumah,

"Hello, boleh bercakap dengan Akmal"
"Ya, Akmal bercakap."
"Akmal, kau tau tak, bla bla bla bla blaa, pung ang pung pang........"
"Eh, siapa ni?"
"Ni aku laa.. Miss World "
"Erk? nak cakap dengan Akmal yang mana satu ni? rumah ni ada 5 orang Akmal"

Hahahahaha mesti bengang je Miss World tu sebab nak kena ulang balik gosip2 ituu. 

Hei, apa cerita OKU??

Okey okey..Adibah adalah nama pendek dia. kadang-kadang aku panggil adik walaupun dia bukan bongsu. Atau ada yang panggil KakBah, Dibah, Makbah dan sebagainya. eh!


Adibatul Akmal dilahirkan pada September 1994, di Perak. Dalam keadaan adik normal. takde cacat apa pun, takde sakit-sakit apa pun. Aku pun tak ingat sangat masa tu. Yela kecik lagi kot ye punn. Umur aku time tu 6tahun. Dalam masa mama berpantang tu, ayah dapat ditukarkan kerja ke Kelantan. So, bulan 12 pindah lah kita sebab sekolah mula bulan 1. Ayah aku cekgu sekolah rendah.

Segalanya bermula waktu umur adik 10 bulan. Di kala gelap malam, semua orang tengah tidur dengan nyenyak nya, adik bangun. celik mata. #cea, tau aje aku kan haha! Ok, sambung. Biasa lah baby bangun tengah malam cari susu kan. tak silap aku time ni, adik minum susu botol kot. entah la. Dijadikan cerita, adik tersalah ambil botol. Adik ambil botol MINYAK ANGIN PANAS UNTUK ORANG BERSALIN. Ouchhhh, bayangkan macam mana panas nya minyak tu, hinggakan baju yang adik pakai masa tu warna merah, jadi putih bila terkena minyak tu. 


Apa adik buat dengan botol tu? Adik minum. Ya, adik minum. Tapi tak banyak. sikit saje. Lepas adik minum tu terus adik kena sawan tarik. atau kat Kelantan disebut "nyetokk". Teruk sangat keadaan adik masa tu. Ayah bawak pergi hospital. Lepas tu aku tak tahu dah apa jadi. Aku macam tak ambil tahu sangat sebab aku pun kecil lagi masa tu. Entahlah. 

Menurut doktor, adik jadi macam ni sekarang ni bukan sebab minyak tu ada dalam tubuh adik. Minyak panas tu dah takde. Cuma adik jadi macam ni sebab kepala adik selalu terhantuk. Sebab tu otak dia jadi 'lembap' (ke 'lembab' eh?antara dua tu laa). Dulu masa adik kecik-kecik lagi, adik selalu jatuh. kita jaga pun kadang-kadang masa kita terlepas pandang tu yang jatuh. Jatuh macam mana? kalau adik menerap pun, adik akan terhantuk bile datang sawan tarik tu. Menurut doktor lagi, adik ada harapan nak sembuh tapi tak tahu bila. Sebab otak dia tu berkembang, cuma tak macam kita manusia biasa ni. Doktor cakap perkembangan adik tu, hanya separuh dari umur adik. Contoh nya sekarang umur adik 18 tahun, tapi perkembangan otak adik hanya seperti budak berumur 9 tahun. Insya Allah suatu hari nanti dia akan sembuh.


Sekarang, adik bergantung pada ubat. Kena makan 2 kali sehari. Pagi dan malam. Wajib. Kalau tak, adik akan lembik. lembik macam mana? Adik takleh bangun, terbaring je. Nak angkat tangan & kaki pun gayat yang amat.  Nak cakap pun gagap-gagap. Pakai pampers aje 24jam. Nak bergerak, pakai wheelchair. Atau pun kita kena dukung atas belakang. Sebab dia gayat nak berjalan mahupun berdiri. Tapi, kadang-kadang tu kalau adik makan ubat pun, adik akan lembik jugak bile datang waktu2 tertentu contoh nya dia nak period ke. demam ke dan lain-lain. Pernah sekali tu adik tengah lembik, aku nak mandikan dia. Aku angkat atas belakang bawak pergi bilik air. Tiba-tiba time tu jugak datang sawan tarik dia. Phewwwww. Kus semangat denn.. Adik tarik rambut kuat takyah cakap. Pedih kulit kepala. Nak nages pun ade. Sobss~

Bila dia kuat, dia boleh berjalan macam biasa tapi tak lancar macam kita la. Selang 3,4 langkah dia berhenti. Makan pakai sudu, takleh guna tangan. Minum ok je. Kencing takde masalah. Berak adik takleh masuk ke tandas. Tetap gayat. So, dia akan membuang dalam bilik air jea. Tugas kita pulak lepas tu untuk buat apa yang patut :p  Percakapan pulak memang tak boleh dari dulu. Agaknya itu efek kekal pada lidah adik kot sebab minyak tu. Melecur dalam ke ape ke, Wallahua'lam. Cakap adik hanya di hujung2 perkataan. Contohnya:

Ma, bah nak cikk = mama, Bah nak nasik.
Ma, bah nak yak = mama, Bah nak bukak/berak (pandai-pandai la sesuaikan dengan keadaan dia masa tu)
Ma, bah nak ain top = mama, Bah nak main laptop.

Ohya, dia ada laptop sendiri. Ayah belikan guna duit yang adik dapat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tiap-tiap bulan tu. Dengan laptop tu, adik selalu main game, dan tengok youtube. Kita hanya buat bookmark je kat Google Chrome tu, yang lain pandai lah dia buat. Adik main tekan je. tapi tak pernah lari pada video-video yang tak elok. Kita ajar sekali, adik dah boleh tangkap. Kadang-kadang mama & ayah pon kalah dengan adik. adik yang ajar mama & ayah macam mana nak bukak internet dan lain-lain. game pun kadang-kadang aku kalah dengan adik Yela dah adik 24jam mengadap itu aje kaann. Dan adik sangat ganas dengan laptop dia. Laptop sekarang ni, adalah laptop dia yang ke 4. Bila dia main tekan ikut suka hati dia, banyak lah komponen2/fail2 penting dalam laptop tu hilang. Yang teruknya bila adik marah, dia akan ketuk2 laptop dia tu. tutup sekuat hati. Dan kalau laptop hang/jammed, dia bengang, dia tarik je wayar charger. Lepas tu masukkan balik dan ON balik laptop tu. haha! Apa Pun Tak Boleh~.

Gambar atas : keypad lapotop adik. sedeh!
Gambar bawah : gambar terkini adik kat bilik sebelah.
Adik mula sekolah di Kelas Pendidikan Khas masa di Kelantan lagi, tahun 1998 tu dah ajar adik pergi kelas pemulihan di bawah kelolaan JKM. Pindah Perak, ayah terpaksa mengajar di sekolah yang ada kelas pendidikan khas. So, ayah boleh pantau. Adik sekolah rendah dari umur 9-14 tahun. Umur 15 tahun dah kena pindah sekolah menengah. Oleh kerana ayah tak boleh pantau dah, ayah pindah Gerik, cari rumah dekat dengan sekolah adik. So, mama lah yang kena pantau adik kat sekolah. Bila adik dah besar ni, sawan dia tu selalu kena. Tambah-tambah tumbesaran dia cepat. Ya, adik lebih kurang sama saiz je dengan aku.  Dan kelihatan dia macam tak stabil. Kalau perhati betul-betul kat tapak kaki dia, tak sama dengan kita. Lain sikit. Sampai cekgu sekolah pun nasihatkan supaya tak payah datang sekolah. sebab risau jatuh dan lain-lain. Makanya, adik hanya sekolah sampai umur 17 tahun je. Lagipun dia malas nak pergi. Bila kita ajak pergi sekolah dia kata "Bah tiii" amboi, cuti sepanjang tahun ya..hahaha! 


Mungkin ada kelebihan pada diri adik yang kita sebagai manusia biasa ni, takda. Pernah sekali aku beli sos cili. Tapi payah nak bukak penutup botol tu. Guna kain pun tak boleh. Putus asa, aku pass kat mama. Mama pun tak boleh bukak. Pastu adik minta "meh bah yak" = meh bah bukak.. Mama aku gelak je "kalau Bah boleh bukak, mama bagi duit". Memang sekali pusing je adik boleh bukak. Kuasa ALLAH tak ada siapa boleh halang. Esok nya, mama keluar pergi Tabung Haji masukkan duit untuk adik. ekekekkee..

Adik jugak jarang sakit-sakit macam kita. Demam jarang-jarang sangat. Senggugut pun tak ada. Sakit kepala /pening pun tak pernah mengadu. Dan dalam keluarga kami, adik seorang je tak rabun. yang lain semua rabun termasuk adik bongsu aku.

Sehingga sekarang, mama kadang-kadang masih menyalahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku. Mama kata " kalau mama tutup botol tu rapat-rapat. mesti adik tak jadi macam ni". Hurm. aku tak pernah salahkan siapa-siapa. Itu kerja ALLAH. Sesungguhnya aku redho tanpa sedikit pun pertikaian. Perangai adik kadang-kadang menyakitkan hati. yelah, adik takleh fikir betul-betul. Tapi kami sekeluarga je tahu macam mana perangai adik. Sabar tetap bersabar. Adik sangat manja dengan ayah, sampai kan kami selalu jadi mangsa. 


Contoh nya aku bawak dia pergi mandi masa ayah tiada kat rumah. Tengah mandikan dia, tiba-tiba ayah balik. Dan time tu jugak tiba-tiba dia menangis meraung jerit "ayaaaaahhhhh, nyah buat baahhhhhh" pastu apa lagi, ayah aku datang pot pet pot pet kat aku. Dah biasa dahhh. Ayah bukan 24jam di rumah macam mama atau kami adik beradik lain jika kat rumah. Jadi, keadaan adik masa bersama kami dengan masa bersama ayah adalah berbeza. Adik akan jadi mengada terlebih. haha. Kita layankan aje.. Dia OKU. Kita normal. 


Satu lagi mama takleh terima bile orang berkasar dengan adik. Tapi kalau mama yang berkasar takpe. kasar mama tu bukan lah macma kes dera ke ape keaa. Berpada-pada lah. Sekadar nak ingatkan adik tu je. Aku pun tak boleh tengok orang lain kasar-kasar dengan adik aku ni. Kadang-kadang adik aku yang lain marah-marah dia, aku marah balik. "Adik tu OKU dah lama, bukan semalam baru jadi macam tu. Dah tahu perangai dia macam tu, tak payah cari pasal dengan dia. Dia nak apa, bagi je! " wahhh, garang tak kiteee.  hikkksss~

Adikku sayang, kau lah perwira sebenar keluarga ini. Kau dijanjikan syurga. Kau berhak memanggil siapa pun untuk bersamamu di syurga kelak. 

Ya ALLAH, aku bersyukur pada Mu kerana Kau kurniakan aku adik yang sebegini keadaannya. Sekurang-kurang nya peluang aku untuk ke syurga Mu itu, ada. Semoga aku terus tabah untuk mengharungi ujianMu di dunia ini.

No comments: