19 December 2012

Darah Tinggi Tak Membunuh Jikaaa...

Kau pandai jaga diri kau..


Ini cerita semalam. 18 Disember 2012. Aku ada appointment dengan doktor di Hospital Gerik. Bulan lepas tekanan darah adalah masih tak stabil. Yelaa baru berhenti kerja kan. Tak habis lagi stress dia. hahaha So seminggu sebelum jumpa doktor, aku kena amik tekanan darah sendiri. Tarikh doktor dah bagi. Aku just ambil je tekanan darah pada tarikh sekian-sekian itu. Jika sebelum ini doktor bagi ubat darah tinggi dan kena makan 1/4 biji (kecik jea) 2 kali sehari. Tapi bulan ini, kena makan sekali sehari je. Teettttttt~ #ManaEhUbatTuuuuu.

Sebenarnya kan, ambil tekanan darah yang paling sesuai adalah masa 'free' kan? Yakniiii (ewah) pada masa dalam otak kita tak fikir apa-apa, tanpa sebarang gangguan dan sebagainya. Betul tak? So, doktor suruh ambil tekanan pada awal-awal bangun tidur. Haih~ Masalah besar la aku. sebab waktu-waktu macam tu adalah bukan waktu yang 'free' bagi aku. sebab bila bangun je tidur, mesti panas lah. rimas lah. terkejut bunyi alarm/pekikan mama lagi. haha!

Jadi aku decide untuk ambil tekanan darah lepas aku solat subuh. Siap solat, rehat kejap sambil baring-baring sambil zikir-zikir sikit (kan taknak fikir apa-apa, so zikir adalah yang terbaik)lepas 10-15 minit baru ambil..Dan sepanjang minggu lepas, darah aku adalah stabil walaupun atas pagar. 130-139/ 89-94.. Normal 120/80 dan darah tinggi (fasa 1) adalah 140/90. Bulan lepas aku pernah dapat sampai 158/113 phewww. terkezutttt mek.

Sejak bulan lepas, aku dah cuba ubah cara hidup aku. Pemakanan adalah paling menyedihkan. Nasi sekali sehari. Epal hijau, oat, susu tiap-tiap hari. Senaman pulak aku buat seat up 60 kali sehari. lepas subuh 30kali, lepas asar 30kali. kalau joging petang, aku postponed yang lepas asar tu kepada sebelum tidur. Istiqomah okey! Hasilnya aku berjaya turunkan kadar tekanan darah aku.

Sebenarnya aku untung sebab aku ada Dietitian Tak Berbayar. haha! kau ada? Ya Incik Kucai banyak membantu aku. dia lah doktor kedua aku. Sampaikan apa aku nak makan aku kena SMS dia "Kucai, Sizzling boleh makan tak?" pastu dia jawab "Kicap banyak sangat tu, takyah makan. berpantang lah dulu" see? sedeh kan. Meleleh je air liur aku. Dulu masa mula-mula kena ubah cara hidup, tiap-tiap hari dia tanya soalan yang sama.

"Ko makan apa arini", 
"BP ko berapa harini?", 
"ko bersenam tak harini?"....

hey, doktor ke polis kau neh haaa..hahaha! Tapi aku tahu dia  nak yang terbaik untuk aku #ceaaa. Ya, aku tahu ada orang nak jaga makan minum aku, tapi aku pun kena usaha sendiri. Aku kena fikir dulu apa aku nak makan. Aku takleh 100% bergantung pada dia kan. Dia ada life dia, bukan nak jaga aku je. DANNNN dia bukan suami aku. kahkahkah. Bagus Kucai neh, dia sangat ambil berat pasal kawan-kawan. Ops, hai AwekKucai...kita cakap benda betul. hihi


Dengan izin Allah jugak yang pastinya aku dalam keadaan stabil macam ni. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan Ujian dan NikmatMu, ya ALLAh.

Sekian! :)

No comments: