26 December 2012

Sederhana itu Comel.

Entry dari blog Nuyu

Aku tertarik dengan entry ni. Dan aku setuju 100%. Aku juga bukan perempuan baik. Yang masih tidak menutup aurat sepenuhnya apabila di luar. Aku sedang berusaha ke arah itu. Semoga ALLAH permudahkan urusan aku. 


Assalamualaikum.


I always believe yang pakaian menutup aurat itu sangat comel ! 
Tak de guna pun kita pakai ikut fashion terkini, update dengan trend semasa kalau apa yang kita pakai tu hanya cantik pada mata manusia tapi tidak pada mata Allah S.W.T. At last, apa yang ko rasa cantik tu jugak lah yang menyebabkan cantik betul dosa kau bertambah.




Sekarang ni aku rasa banyak sangat fashion muslimah yang comel2, yang trendy, yang menutup aurat. Lagi comel kot. Dan tak dinafikan jugak, ada sesetengah fashion muslimah tu yang hanya menggunakan nama 'muslimah' semata2 walhal takde la muslimah mana pun. So, back to person yang wearing pakaian tu, kalau rasa kau pakai baju muslimah tu still ketat, sendat, or yang sama waktu dengannya, no point la kot pakai baju muslimah. Itu belum termasuk bab tudung lagi tu..huhu


Yes, i am not a good one. I pun banyakkkkkkkkkkk buat silap ! Manusia. Ada masa iman naik, ada masa iman turun. Ada masa kita di zaman 'kegelapan' dan ada masa kita ditunjukkan jalan yang 'terang'. Gaya masing-masing. Tapi sebagai manusia la kita kena saling tegur antara satu sama lain. Well, memang la kubur lain-lain. Tapi yang nak mandikan jenzah kita tu manusia a.k.a orang sekeliling kata kan?? 


Aku bukannya menulis sebab aku rasa aku ni baik dan dah lengkap dalam berpakaian or nak menunjuk yang aku ni hebat. Aku sangat berharap orang tegur aku kalau teguran tu sangat membawa ke arah kebaikan. Dalam proses membaiki diri. Sama-sama nak masuk syurga kan??


Salam :)


Dan aku nak tambah sikit. Memang kalau kita keluar, kebanyakannya perempuan lah yang auratnya tak terjaga. Tapi, lelaki pun ada yang masih tak terjaga auratnya. Aurat lelaki sikit sangat je pun. Berbanding perempuan. Urm, entah. Ada sebab masing-masing kenapa taknak tutup aurat. kan?

Aku yakin sangat orang yang bukak aurat ni, sebenarnya dia dah tahu dah apa yang dibuat tu tak boleh. Atau dengan kata lainnya Haram. Kat mana silap nya? Ayuh, muhasabah diri kita. 

No comments: