06 January 2013

Kesayangan Mummy.

Tetibea Kesayangan Mummy kan tajuk nya. kahkahkahkahhh.

Ini cerita semalam, 5 Januari.

Sempena birthday anak-anak buah aku pada 3 Januari dan birthday abang ipar aku hari ini 6 Januari, kakak aku plan nak buat makan-makan sikit. Minta ayah buat doa selamat sikit kat rumah dia kat Alor Star. 

Makanya Jumaat malam tu, dalam pukul 9.30 kami gerak dari Ipoh. Tak semua adik beradik aku yang boleh pergi. Ada aku, abang & adik OKU tu aje. lagi 3 beradik, masih di perantauan. Naseb diorang. hahaha. Sampai Alor Star ngam ngam pukul 12 tepat. Mama terus tukar baju, masuk dapur. Nak masak terus sebab keesokannya makan pukul 12 tenghari. Aku? tolong tengok mama masak, makan makanan yang ado kat dapo tu, gosok gigi, terus tidor. ekekekeke.

Ohya, masa ini, Adik OKU aku tu lembik. Sebab datang bulan. Dia sangat lemah masa ni. Nak turun kereta pun azab. Elok je sampai umah Yong (kakak aku), ayah angkat atas belakang ayah. Terus ke depan pintu bilik air. 


Tapi masa nak letak tu, dia kena sawan tarik. Nak nangis aku tengok. Kesian sangat. Tarik dia tu, sampai nampak tulang kat leher tu, mulut herot berot da..Ayah selawat2 sikit, baca ayt Quran..mama usap2 muka adik sambil lap2 dengan air. Aku pegang kaki adik sebab dia macam kejang2 kan. Dalam 5 minit jugak kot adik kena, pastu adik tarik nafas dalam2, dan lepas kuat2.. Pastu dia longlai..mata celik. Nampak sangat adik letih 'ditarik'. Kesian sangat. Masa tu la kami tukar baju, seluar & pampers dia. Sebab dia tengah lemah. Takleh nak lawan. Dah selesai tu, dia macam takleh cakap dah. Suruh angkat tangan pun taknak. Letih lagi la tu. Setengah jam terbaring depan pintu bilik air. Pastu baru ok sikit. Ayah angkat atas belakang lagi sekali, bawak masuk dalam bilik. Lama jugak nak bagi dia tidur sebab dia nak main dengan anak-anak tapi tak larat.. Dia tengok jea..Sampai la tertidur. 

Okey, berbalik kepada Kesangan Mummy. Hikhikhik. Anak-anak buah dah berumur 2 tahun. tapi masih takleh nak cakap jelas lagi. Manja yang amaatttttt. Geram aku. Sampai kadang-kadang aku stress. hahaha. 



Mama masak Daging masak Hitam dan Kari Ayam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai kawan-kawan Yong datang. Jiran-jiran ada jugak. Pukul 5.30 kami bertolak balik. Balik ikut Gerik sebab ayah nak ambil kereta dan beberapa barang. So, berkonvoi lah 2 kereta ke Ipoh malam tu jugak, lepas solat Maghrib kat rumah Gerik. Eh, konvoi? tidakkkk yea. haruslah kereta aku sampai awal. Lepas 45 minit baru ayah sampai. ekekekeke. Nak buat macam manaa..

Anak-anak mummy, semoga membesar menjadi anak yang Soleh dan Solehah. Jangan manja ngada-ngada sangat , mummy tak larat nak dukung bila besar2 nanti. Mummy dah ada muscle okeh. Sebelah jea. APTB~

Sekian. :)

2 comments:

Penulis Tegar said...

eh masa bila aku folow ini belog. kekeke....cemana letak button like kt bawh tu, ajar sikit

AKMAL said...

kehkehkehhh..aku pun taktau sejak bila kau follow blog ni..haha.

button like, boleh baca tutorial ni yea..

http://c33ram00n.blogspot.com/2010/10/tutorial-button-like-facebook.html

::TQ to Ceera::