15 December 2012

WishList 2013 & 2014

Boleh tak tetibea terus nak buat wishlist untuk 2 tahun terus? haha lantak situuu. 

OK, untuk 2012 ni, aku takde target ape yang aku nak. tapi, apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ini, sedikit sebanyak mengajar aku erti kehidupan (ceaa). Nanti aku cerita. Kali ini, aku nak list kan "SenaraiHarapan" (read : wishList) aku untuk 2 tahun akan datang ni yakni 2013 & 2014.

  1. Mendengar lafaz "Aku Terima Nikah nya Faizatul Akmal Mohd Dahalan bla bla bla".  
    • Kahwin! wah laju je kan. Ya aku target untuk tamatkan zaman bujang dalam masa 2 tahun ni. mungkin tahun depan, mungkin tahun depan-depan. Cukup lah tu, maksimum umur 26 tahun kan..Hello, Mama & Kakak aku kawen umur 23 tahun okey. So, aku dah jadik AnakDaraTua dalam keluarga. eceh. Cuma nya, aku kena redha atas apa yang akan berlaku sebab aku percaya Jodoh itu rahsia ALLAH.
  2. Kerja tetap/stabil/kukuh/aku suka!
    • Aku kena cari kerja yang boleh membuatkan hidup aku stabil. Erm, tempat kerja lama memang best, seronok sangat. tapi ada !@#$% di situ yang membuatkan aku takleh tahan lama. sobs! Biarlah. Aku yakin rezeki ada di mana-mana. Tak kira kerja kerajaan atau kerja swasta. Semenjak aku berhenti kerja pada bulan Oktober lepas, aku masih menganggur dengan rasminya sehingga hari ini. Cuma sejak awal bulan Disember ni, aku tolong2 bahagian admin kat syarikat Mertua Kakak aku. Buat kerja kerani, filing dll. Aku suka! tapi takleh selamanya di situ. Aku ada target aku sendiri.
  3. Rumah sendiri.
    • Dari awal tahun aritu aku nak beli rumah. dah survey2 segala. tetibea berhenti kerja kan. so, postponed! rumah yang aku cari biarlah rumah 2nd/3rd/4th hand pun, asalkan murah dan aku tak perlu berhutang dengan banyak dan jayanyaaa. Tidaakkk. Cukuplah bawah RM100k dalam kawasan Ipoh - Hulu Perak. Dan rumah tu aku nak sewakan. #cepat-cepat la dapat kerja kann.
  4. Tunai impian mama & ayah nak pergi Umrah lagi.
    • Untuk yang ini, aku bukan lah nak sponsor ke ape kan. mana la aku mampu. Cuma apa yang aku boleh buat, jika aku bekerja time parents nak pergi Umrah tu, aku akan ambil cuti untuk jaga adik aku yang OKU itu selama mereka pergi umrah tu. Aku je yang boleh harap untuk jaga sebab aku je anak perempuan(normal) yang dekat dengan keluarga. So, takde hal lahh. bagi je Kucing, senyap la adik tu. (hiks)
  5. Tabung Haji!
    • Kumpulkan semula duit dalam akaun Tabung Haji! Apabila bekerja nanti, simpan RM50 sebulan! Simpanan aku dalam tabung haji tinggal berapa ratus je. sebab aku beli kereta guna duit tabung haji dan masa aku kemalangan dulu, aku guna duit dari Tabung Haji jugak untuk baiki kereta. Ayah tak guna insurans, tak tahu kenapa. Sejak aku lahir sehingga hari ini, ayah akan masukkan duit dalam akaun Tabung Haji anak-anak ayah RM10 seorang setiap bulan. ayah akan tolak gaji. Sebab tu aku mampu beli kereta guna duit simpanan tu. Plus duit-duit aku yang lain lagi kan. So, untuk anak-anak aku nanti, aku akan buat perkara yang sama. :P
  6. Kurangkan Hutang.
    • Setakat ni, aku hanya ada satu perjanjian pinjaman. Iaitu pinjaman pendidikan. Untuk tambah satu lagi pinjaman (rumah), aku hendak selesaikan hutang belaja tu lebih sikit. Kalau ikutkan, Disember 2014, aku selesai 36 bulan. tapi aku akan pastikan pada waktu tu aku dah buat bayaran lebih dari 36 bulan. cepat sikit habis.
  7. Khatam Quran
    • Setiap tahun aku nak khatam Quran. tak susah pun sebenarnya, cuma antara nak  buat ke tak nak je. Tahun 2012 aku tak sempat habis. sebab kemalasan yang melampau. harapkan baca surah yang sama je dalam kereta (cd). So, tahun depan sekali khatam, tahun 2014 sekali khatam. lebih dari sekali lagi bagus!
  8. Kesihatan!
    • Seperti sediamaklum, aku disahkan ada penyakit Hypertensi atau dengan kata lainnya Darah Tinggi. Dan sekarang masih dalam pemerhatian doktor. Harapan aku, aku nak turunkan tekanan darah aku dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat. Yakni, senaman yang berterusan dan jugak pemakanan yang seimbang. Pertengahan tahun depan, aku taknak makan ubat dah. chaiyokkK!!!!.Nyah kaauuu kaloriii jahaattttttt~ eh!
  9. Handphone baru.
    • Sekarang aku guna Samsung (model ape ntah RM49 je) dan Sony Ericcson Cybershot K770i. Sony tu dah lama dah. Tahun 2008. camera pon dah tak ber-cybershot dah. mana taknya, orang mandi air terjun, dia pon nak terjun sama. so, rosak sudah beberapa komponen. button pon ade yang dah hilang. sedeh! Makanya, target aku nak beli handphone baru ganti Sony tu. Blackberry ke? Android ke? iPhone kea? Teringin iPhone tapi macam azab je nak jaga. aku suka campak-campak kan. tengok lah macam mana. yang pasti kena ada jugak yang baru. at least awal tahun depan.! 
  10. Laptop baru.
    • Yang ni, aku bukan nak beli, tapi aku nak trade-in je laptop sedia ada. Kurang sikit perbelanjaan. Masih nak Samsung, cuma mungkin model lain pulak. Tapi, Viao pon okey kot kan. hikssss
  11. Kamera DSLR
    • Kau tengok? kerja pon takde, berangan nak macam-macam. #biarlahh. nama pon wishList kann..bukan WAJIB ada kan pun. haha! My Bf suka bergambor dan dia pandai amik gambar. ada seni. aku suka bergambor je, tapi takde seni. so, macam benda ni kena ada untuk puaskan hati. nanti kau amik gambar aku cantek2, aku amik gambar kau hodoh2. kahkahkah!
  12. Re-union
    • Aku akan pastikan, aku jumpa kawan-kawan lama aku masa belajar kat Uni dulu. nak jumpa semua memang payah. sebab masing-masing dah ada komitmen kan. Tapi sekurang-kurangnya, aku dapat jumpa Siti Safikah, Tuan Nur Idayu, Nurul Liayana dan SuriaDiana. #ohRindu!
  13. Tambah anak sedara.
    • Erkkk?? apa kaitan dengan aku?? hahaha! yang ni gurau je. mungkin aku boleh membantu dari segi menjaga si kembar tu untuk beberapa minggu dan biarkan makpak diorang kat sana. hahaha! pepandai aje kau kaann. 
Ok, itu saja sehingga saat ini. mungkin bertambah mungkin berkurang. Apa-apa pun aku berharap setiap impian aku kat atas ni tercapai. Kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan. 

me wif my OKU sista :)

2 comments:

Anonymous said...

aiyokkk

poyot said...

soksek soksek katanyaaa